Integrasi Melayu Di Sulawesi Selatan : Kajian Berdasarkan Lontara


Hadrawi, Muhlis Integrasi Melayu Di Sulawesi Selatan : Kajian Berdasarkan Lontara. In: Integrasi Melayu Di Sulawesi Selatan : Kajian Berdasarkan Lontara. 2020.

[thumbnail of MUHLIS HADRAWI Integrasi Melayu di Sulsel PDF 2020.pdf] Text
MUHLIS HADRAWI Integrasi Melayu di Sulsel PDF 2020.pdf

Download (4MB)

Abstract (Abstrak)

Kajian ini membincangkan kedatangan dan integrasi orang Melayu di Sulawesi Selatan daripada abad ke-15 sehingga ke-17 berdasarkan sumber lontara, naskhah kuno Bugis dan Makassar. Dalam lontara yang dikaji itu sudah didokumentasikan pelbagai peristiwa penting tentang keberadaan dan sejarah diaspora orang Melayu di Sulawesi Selatan, selain integrasinya dengan orang Bugis-Makassar. Untuk penyelidikan ini mengunakan dua belas naskhah lontara sebagai sumber yang menjadi koleksi pada Kantor Badan Arsip dan Perpustakaan Republik Indonesia Wilayah Provinsi Sulawesi Selatan (ANRIM), Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan (YKSS), Laboratorium Naskhah UNHAS, Koleksi Muhammad Salim dan lain-lain telah dipilih untuk mendapatkan data yang diperlukan itu yang kemudiannya telah dibuat kritikan teks berdasarkan kaedah filologis. Maklumat daripada lontara itu kemudiannya diselaraskan dengan kajian ilmiah yang sudah diterbitkan, selain dengan sumber lisan yang diketahui. Daripada kajian yang dilakukan selama tiga tahun itu, adalah didapati bahawa orang Melayu dari Melaka khasnya merupakan pendatang yang terawal sampai di Suppa’ di wilayah Bugis pada separuh kedua abad ke-15 kerana pergolakan politik di sekitar Selat Melaka. Kejayaan mereka sebagai perintis di pelbagai bidang di petempatan Sulawesi Selatan ini telah menarik orang Melayu dari Johor, Minangkabau, Champa, Pahang dan Pattani. Gelombang pendatang orang Melayu itu bermula sejak awal abad ke-15 dan berterusan sehingga pertengahan abad ke-17. Mereka datang atas urusan pelayaran, perniagaan, kunjungan persahabatan, melakukan syiar Islam, selain sebagai pelarian politik. Destinasi utama orang Melayu di Sulawesi Selatan adalah pelabuhan di Pesisir Barat terutamanya Suppa’, Pancana-Tanete, Siang, Tallo, Sanrabone dan Gowa. Daripada penempatan itu terbukti bukan sahaja orang Melayu telah tersebar di banyak tempat diSulawesi Selatan, tetapi juga berintegrasi dengan baik dengan masyarakat tempatan. Ada yang melalui perkahwinan dengan golongan elit dan yang lain dengan golongan orang biasa. Kerana keistimewaan, kepakaran dan pengalaman yang pada orang Melayu sehingga telah lahir fenomena sosial “orang Melayu telah menjadi orang Bugis-Makassar” dalam tempoh 200 tahun itu.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Divisions (Program Studi): Fakultas Ilmu Budaya > Sastra Bugis-Makassar
Depositing User: wahyuni aras
Date Deposited: 06 Sep 2021 02:31
Last Modified: 06 Sep 2021 02:31
URI: http://repository.unhas.ac.id:443/id/eprint/6111

Actions (login required)

View Item
View Item